Translate

Sabtu, 27 Desember 2014

Doaku Hari Ini ; Doa Meminta Jodoh Yang Mustajad

Doaku Hari Ini ; Doa Meminta Jodoh Yang Mustajad


Yaa Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arsh.
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianmu.
Kurniakanlah aku sifat kasih dan ridha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannahmu.
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Duniamu.
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehmu.
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala keanekaragamnya.

Tetapi Yaa Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku arungi segala takdirmu.
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniamu.
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.
Kurniakanlah aku kekuatanmu untuk aku memperbetulkan keadaanya.
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan.
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Yaa Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau ridhai.
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratmu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatmu
Yaa Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukmu.
Aku buta tanpa bimbingan mu.
Aku cacat tanpa hidayah Muuku hina tanpa Rahmatmu.

amin- amin ya robal alamin....

baca juga
DOAKU MALAM INI Tenangkanlah Jiwaku

Tidak ada komentar:

Posting Komentar